Pages

Friday, June 17, 2011

Perjalanan mencari barokah..........................






Alhamdulillah, sepanjang minggu pertama cuti semester kedua di bumi Anbia,Jordan, saya berkesempatan untuk mengerjakan umrah di bumi barokah, Makkah dan Madinah. Bagi budak-budak sanfur macam saya ni, pergi dengan persatuan pelajar adalah jalan yang terbaik kerana tak berapa fasih lagi berbahasa arab. Almaklumlah, baru tahun pertama di sini....(lpas nie, masyi kot macam abang-abang senior). InsyaAllah.

Kami bertolak dari tempat bermuqim kami iaitu Irbid, Jordan dalam pukul 3.30 petang...(sepatutnya pukul dua, dreba bas lambat sampai)...... Kami dipimpin oleh dua orang syeikh iaitu Syeikh Hazim dan Syeikh Khidier (alamak, kene tau bahasa Arab pulak)...... Apapun, kedua-dua orang sheikh ini amat berpengalaman.........(banyak juga ilmu sempat ditimba daripada mereka, tak rugi jika pergi dangan arab nih........)

Berikut merupakan catatan perjalanan saya mengenai tempat-tempat yang dilawati semasa umrah tersebut,....( bace yer)

  1. MUKTAH
Sape tau, apekah peristiwa yang berlaku kat tempat ini? tak perlu angkat tangan. Meh sini saya jelaskan....... Muktah merupakan salah satu tempat terpenting dalam sejarah dakwah Junjungan besar Nabi Muhammad (SAW) semasa baginda hidup. Perang Muktah yang berlaku pada tahun 9 Hijrah disebabkan oleh pembunuhan salah seorang utusan Baginda (SAW) iaitu Haris bin Amru Azdi (RA) oleh gabenor kawasan ini yang berada di bawah kekuasaan Rom. Baginda amat berdukacita tentang peristiwa pembunuhan ini dan dalam masa yang sama, mengetahui bahawa Rom ingin menyerang Madinah Al-Munawwarah. Jadi, bagi mengelakkan peristiwa ini berlaku, baginda menghantar angkatan perang Islam bagi menghalang cita-cita Rom tersebut. Angkatan perang tersebut telah diketuai oleh Zaid Bin Harithah (RA). Baginda(SAW) telah berpesan bahawa, sekiranya Zaid syahid hendaklah diganti oleh Jaafar Bin Abi Talib(RA) dan sekiranya Jaafar juga syahid, tempatnya hendaklah diganti oleh Abdullah bin Rawahah (RA). Baginda(SAW) berpesan lagi, sekiranya ketiga-tiga panglima Islam syahid, terpulanglah kepada angkatan perang Islam bagi memilih panglima mereka. Ketiga-tiga panglima tentera Islam tersebut syahid dan tugas panglima yang baru dipegang oleh Khalid Bin AlWAlid(RA). Beliau digelar Saifullah(pedang Allah).... Dalam perang tersebut, tentera Islam mencapai kemenangan.
2. Tabuk

Setelah melepasi kawalan sempadan Arab Saudi yang banyak kerenah, kami sampai di Tabuk, tempat pertama selepas melepasi sempada Arab Saudi-Jordan. Di sini, Peperangan Tabuk telah berlaku. Menurut catatan sejarah, perang ini berlaku pada musim panas. Tambahan pula, Tabuk sememangnye terletak amat jauh dari Madinah. Dalam peristiwa ini, terlihat bagaimana keimanan para Sahabat teruji. Disebabkan jaraknya yang jauh dari Madinah, belanja perjalanannya amatlah tinggi. Di sini kita lihat bagaimana Saidina Abu Bakar AsSiddiq (RA) membelanjakan seluruh hartanya, SAidina Umar AlKhattab (RA) membelanjakan separuh daripada hartanya dan juga sahabat-sahabat Baginda(SAW) yang lain. Sekarang ini bumi Tabuk yang dahulunya kontang kini subur berkat doa Nabi Muhammad (SAW). Tabuk juga antara tempat penghasilan petroleum utama di Arab Saudi. Subhanallah.........

3. Madinah Al-Munawwarah

Setelah mengharungi perjalanan bas selama 26 jam, akhirnya, sampai juga saya di Madinah Al-Munawwarah(bandar bercahaya). Setelah check-in dan juga mandi disebabkan tak mandi lagi, kami terus ke Masjid Nabawi. Sungguh indah binaan Masjid Nabawi. LAin kali, saya cerita tentang masjid nie, okey. Di sini juga, saya sempat melawat pasar kurma, Masjid Quba dan JAbal Uhud.

4. Makkah Al Mukkaramah

Bermuqim di Madinah selama 3 hari, pada hari seterusnya, kami dibawa ke Makkah Al-Mukkaramah untuk mengerjakan ibadat umrah. Sepanjang perjalanan dari tempat miqat di Abab Ali, kami bertalbiah(biarpun pada mase ini, ramai antara kami yang tidor...). Subhanallah, inilah kali pertama saya melihat Kaabah di depan mata.... setelah tawaf dan saei, saya pergi bertahalul.......(membotakkan kepala).......... Di sini, saya sempat menziarahi GUa Tsur, Gua Hira', Mina, Muzdalifah, Jabal Rahmah dan juga tempat melontar jamrah(walaupun tak dapat masuk ke sana)......



Wah, dah naik boring menaip...Tapi, saya berharap agar dapat lagi ke tanah suci pada masa-masa akan datang insyaAllah.. Sampai kat sini dulu lah nak taip. Jumpa di post yang akan datang pula.... Assalamualaikum...........

3 comments:

  1. Duduk Haramain rasa macam nak lepak sana habiskan cuti nih. :( Semoga bertemu lagi kita ke sana, insyaAllah

    ReplyDelete
  2. g umrah jgk ye,mir..x cakap awal2..best,kn? smoga dpanjangkan umur kita utk berkunjung lg ke sana,insyaAllah.. ^^

    ReplyDelete
  3. insyaAllah.same2 kite doakan.........

    ReplyDelete