Pages

Tuesday, December 28, 2010


Salam...........
Tidak sedar, tahun 2010 masihi dh hampir sampai ke kemuncaknya.................. Semestinya anda semua tidak sabar untuk melangkah ke tahun 2011 masihi yang bakal menunjukkan dirinya tidak kurang 3 hari dari sekarang................
Tahun hijrah telahpun berlalu hampir sebulan.... sedar atau tidak, umur kita juga bertambah dari satu tahun ke tahun yang laen.
Di sini saya ingin membawa anda semua untuk muhasabah diri yakni menghitung balik segala amalan yang telah kita lakukan selama 1 tahun ini.. adakalanya kita memang buat silap...........
Pada tahun baru ini juga, mari juga kita sama-sama memperbaharui niat kita........... Jika kita terlepas buat pada tahun baru hijrah, inilah masa kita untuk membuat niat @ azam dalam bahasa malaysia( sekarang bahasa melayu dah ditukar dalam bahasa malaysia, biar istilah berbeza, tapi kita tetap orang yang sama) Jadikan niat@azam ini sebagai panduan untuk menempuhi hidup anda sepanjang tahun 2011.
akhirnya, saya mengucapkan selamat berjuang kepada rakan-rakan, tidak kira dari pusat asuhan tunas islam(PASTI), SK Seberang Dungun, SBPI Batu Rakit
salam............................

Monday, June 14, 2010

BALIK KAMPUNG!!!!!!!

SEMINGGU BERADA DI RUMAH!!!!!!!!

hahaha..........................................
itulah perasaan pertama yang hadir dalam kepalaku apabila mengetahui pelajar-pelajar pergigian middle east tidak perlu ke BTN minggu nie.......
bagai pucuk dicita, ulam mendatang, aku yang telah sebulan tidak pulang ke Terengganu tidak melepaskan peluang keemasan ini..................
Aku pulang ke Terengganu pada hari Sabtu lepas..................

Monday, June 7, 2010

SEBULAN DI INTEC UiTM SHAH ALAM

Assalamualaikum..........
antara sedar atau tidak, telah sebulan aku berada di tempat ilmu ini. Pelbagai peristiwa dan pengalaman telah berjaya aku pungut di sini.

Kehidupan sebagai pelajar di `u` tidak lagi sama seperti di sekolah dulu. Aku pada mulanya pening dengan keadaan di sini. Bak kata pepatah, "bagai rusa masuk kampung". Tetapi, dengan segala kekuatan yang diberikan oleh Allah , aku berjaya mengadaptasikan diriku dengan suasana di sini. Di sini, aku belajar erti persahabatan dari maksud yang sebenar. Ahli bilikku amat unik kerana datang daripada 4 bahagian utama di semenanajung Malaysia. Hilmi, orang selangor, hafizul, orang Johor, Khairul orang Perak dan diriku sendiri berasal dari Terengganu. Walaupun mulanya aku agak kekok untuk bercakap, maklumlah, aku memang pekat dalam pertuturan Loghat Terengganu asli, namun itu tidak menghalang diriku daripada mengenali budaya yang berbeza.

pembelajaraan di sini memang padat. Maklumlah, program yang aku ambil ini selama 4 Bulan sahaja. Aku paling suka mempelajari Arab di sini kerana ustaz Ghaddafi selalu menceriakan kami semasa dalam kelasnya...... Apabila dia menayangkan video mengenai Jordan, aku semakin ghairah untuk ke sana. maklumlah, itu memang cita-citaku sejak kecil lagi.

Alhamdulillah, semoga apa yang aku dapat di sini dapat digunakan apabila berada di sana kelak!!!!!!

Yang Benar,
(MUHD AMIRUDDIN HADI BIN ABDULLAH)

Tuesday, June 1, 2010

aaaaah.............
baru ader blog....