Pages

Monday, June 14, 2010

BALIK KAMPUNG!!!!!!!

SEMINGGU BERADA DI RUMAH!!!!!!!!

hahaha..........................................
itulah perasaan pertama yang hadir dalam kepalaku apabila mengetahui pelajar-pelajar pergigian middle east tidak perlu ke BTN minggu nie.......
bagai pucuk dicita, ulam mendatang, aku yang telah sebulan tidak pulang ke Terengganu tidak melepaskan peluang keemasan ini..................
Aku pulang ke Terengganu pada hari Sabtu lepas..................

Monday, June 7, 2010

SEBULAN DI INTEC UiTM SHAH ALAM

Assalamualaikum..........
antara sedar atau tidak, telah sebulan aku berada di tempat ilmu ini. Pelbagai peristiwa dan pengalaman telah berjaya aku pungut di sini.

Kehidupan sebagai pelajar di `u` tidak lagi sama seperti di sekolah dulu. Aku pada mulanya pening dengan keadaan di sini. Bak kata pepatah, "bagai rusa masuk kampung". Tetapi, dengan segala kekuatan yang diberikan oleh Allah , aku berjaya mengadaptasikan diriku dengan suasana di sini. Di sini, aku belajar erti persahabatan dari maksud yang sebenar. Ahli bilikku amat unik kerana datang daripada 4 bahagian utama di semenanajung Malaysia. Hilmi, orang selangor, hafizul, orang Johor, Khairul orang Perak dan diriku sendiri berasal dari Terengganu. Walaupun mulanya aku agak kekok untuk bercakap, maklumlah, aku memang pekat dalam pertuturan Loghat Terengganu asli, namun itu tidak menghalang diriku daripada mengenali budaya yang berbeza.

pembelajaraan di sini memang padat. Maklumlah, program yang aku ambil ini selama 4 Bulan sahaja. Aku paling suka mempelajari Arab di sini kerana ustaz Ghaddafi selalu menceriakan kami semasa dalam kelasnya...... Apabila dia menayangkan video mengenai Jordan, aku semakin ghairah untuk ke sana. maklumlah, itu memang cita-citaku sejak kecil lagi.

Alhamdulillah, semoga apa yang aku dapat di sini dapat digunakan apabila berada di sana kelak!!!!!!

Yang Benar,
(MUHD AMIRUDDIN HADI BIN ABDULLAH)

Tuesday, June 1, 2010

aaaaah.............
baru ader blog....