Pages

Monday, May 28, 2012

School Break!!!!!!!! U ak pon begitu......

Lame bebenor ak x coretkan kalam di blog nih..... sampai berdebu dan bersawang dh ak tgk kat beliau....
ish3x.....
eh2x, skarang nie bdop2 skoloh malaysia tgh cuti k?????
kalau ye, slamat cuti.... ak pon same2 cuti mcm bdop skoloh ugop...
hahahaha
kalau zaman2 skoloh aritu, blh wt kejer skoloh........
lning, cuti sem, cuti bercuti la yer........
(rindu nk wt kejer skoloh cam zaman skoloh ari tuh......miss that moment...)"

status fb ak ari ini, nmpak ntah paper kan.........


tp, sbnarnyer, kalau korang fikir baik2 maksud kate2 ak tuh(kalau faham bahasa Ganu la, bahase ibunde hambe...hehehehe), sememangnye ak rindu zaman2 skolah dahulu..... 


zaman2 yang mengajar ak berbagai erti dari setiap aspek kehidupan......


ok2, skarang nih ak bukan nk membebel psal zaman skolah ye, tp nk beri tips berguna kepada pembaca yang masih lagi di alam persekolahan (kalau ad yang sudi bace lah...:) )....


cuti2 sebegini panjang walaupun 2 minggu(btul k x nih tempoh cuti korang??) bnyk perkara yang berfaedah yg boleh dilakukan... Antaranye:


1. mengulang kaji pelajaran, bukannye berpleseran.....khasnye utk org yg mengambil peperiksaan besar nanti(SPM&PMR)
2. melancong bukannye melencong
3. sekaranglah mase2 emas utk berbakti kpd ibu bapa, bnyk aktiviti yg blh dilakukan..... fikir2 kan lah.......
4. bergaul dgn masyarakat setempat...... mane tau korang dpt faedah nanti.....
5. mane2 aktiviti yg difikirkan sesuai.....spt beriadah dan sebagainya


Pendek kate, bnyk aktiviti yg boleh korang lakukan sepanjang cuti sekolah ini........oleh itu, pandai2lah korang bagikan mase yer....


nk kongsi sedikit pepatah arab kat sini:


"masa itu seperti pedang, jika kamu tidak memotongnya, dia akan memotong kamu"




selamat bercuti buat adik2 di BRaInS & juga kawan2 kat Jordan University of Science And Technology(eh2, rupe2nye ak cuti jgk,)












(nak eksyen dpn kereta Ferari mase pergi jln2 Dubai bln 1 tempoh hari,,)

Friday, June 17, 2011

Perjalanan mencari barokah..........................






Alhamdulillah, sepanjang minggu pertama cuti semester kedua di bumi Anbia,Jordan, saya berkesempatan untuk mengerjakan umrah di bumi barokah, Makkah dan Madinah. Bagi budak-budak sanfur macam saya ni, pergi dengan persatuan pelajar adalah jalan yang terbaik kerana tak berapa fasih lagi berbahasa arab. Almaklumlah, baru tahun pertama di sini....(lpas nie, masyi kot macam abang-abang senior). InsyaAllah.

Kami bertolak dari tempat bermuqim kami iaitu Irbid, Jordan dalam pukul 3.30 petang...(sepatutnya pukul dua, dreba bas lambat sampai)...... Kami dipimpin oleh dua orang syeikh iaitu Syeikh Hazim dan Syeikh Khidier (alamak, kene tau bahasa Arab pulak)...... Apapun, kedua-dua orang sheikh ini amat berpengalaman.........(banyak juga ilmu sempat ditimba daripada mereka, tak rugi jika pergi dangan arab nih........)

Berikut merupakan catatan perjalanan saya mengenai tempat-tempat yang dilawati semasa umrah tersebut,....( bace yer)

  1. MUKTAH
Sape tau, apekah peristiwa yang berlaku kat tempat ini? tak perlu angkat tangan. Meh sini saya jelaskan....... Muktah merupakan salah satu tempat terpenting dalam sejarah dakwah Junjungan besar Nabi Muhammad (SAW) semasa baginda hidup. Perang Muktah yang berlaku pada tahun 9 Hijrah disebabkan oleh pembunuhan salah seorang utusan Baginda (SAW) iaitu Haris bin Amru Azdi (RA) oleh gabenor kawasan ini yang berada di bawah kekuasaan Rom. Baginda amat berdukacita tentang peristiwa pembunuhan ini dan dalam masa yang sama, mengetahui bahawa Rom ingin menyerang Madinah Al-Munawwarah. Jadi, bagi mengelakkan peristiwa ini berlaku, baginda menghantar angkatan perang Islam bagi menghalang cita-cita Rom tersebut. Angkatan perang tersebut telah diketuai oleh Zaid Bin Harithah (RA). Baginda(SAW) telah berpesan bahawa, sekiranya Zaid syahid hendaklah diganti oleh Jaafar Bin Abi Talib(RA) dan sekiranya Jaafar juga syahid, tempatnya hendaklah diganti oleh Abdullah bin Rawahah (RA). Baginda(SAW) berpesan lagi, sekiranya ketiga-tiga panglima Islam syahid, terpulanglah kepada angkatan perang Islam bagi memilih panglima mereka. Ketiga-tiga panglima tentera Islam tersebut syahid dan tugas panglima yang baru dipegang oleh Khalid Bin AlWAlid(RA). Beliau digelar Saifullah(pedang Allah).... Dalam perang tersebut, tentera Islam mencapai kemenangan.
2. Tabuk

Setelah melepasi kawalan sempadan Arab Saudi yang banyak kerenah, kami sampai di Tabuk, tempat pertama selepas melepasi sempada Arab Saudi-Jordan. Di sini, Peperangan Tabuk telah berlaku. Menurut catatan sejarah, perang ini berlaku pada musim panas. Tambahan pula, Tabuk sememangnye terletak amat jauh dari Madinah. Dalam peristiwa ini, terlihat bagaimana keimanan para Sahabat teruji. Disebabkan jaraknya yang jauh dari Madinah, belanja perjalanannya amatlah tinggi. Di sini kita lihat bagaimana Saidina Abu Bakar AsSiddiq (RA) membelanjakan seluruh hartanya, SAidina Umar AlKhattab (RA) membelanjakan separuh daripada hartanya dan juga sahabat-sahabat Baginda(SAW) yang lain. Sekarang ini bumi Tabuk yang dahulunya kontang kini subur berkat doa Nabi Muhammad (SAW). Tabuk juga antara tempat penghasilan petroleum utama di Arab Saudi. Subhanallah.........

3. Madinah Al-Munawwarah

Setelah mengharungi perjalanan bas selama 26 jam, akhirnya, sampai juga saya di Madinah Al-Munawwarah(bandar bercahaya). Setelah check-in dan juga mandi disebabkan tak mandi lagi, kami terus ke Masjid Nabawi. Sungguh indah binaan Masjid Nabawi. LAin kali, saya cerita tentang masjid nie, okey. Di sini juga, saya sempat melawat pasar kurma, Masjid Quba dan JAbal Uhud.

4. Makkah Al Mukkaramah

Bermuqim di Madinah selama 3 hari, pada hari seterusnya, kami dibawa ke Makkah Al-Mukkaramah untuk mengerjakan ibadat umrah. Sepanjang perjalanan dari tempat miqat di Abab Ali, kami bertalbiah(biarpun pada mase ini, ramai antara kami yang tidor...). Subhanallah, inilah kali pertama saya melihat Kaabah di depan mata.... setelah tawaf dan saei, saya pergi bertahalul.......(membotakkan kepala).......... Di sini, saya sempat menziarahi GUa Tsur, Gua Hira', Mina, Muzdalifah, Jabal Rahmah dan juga tempat melontar jamrah(walaupun tak dapat masuk ke sana)......



Wah, dah naik boring menaip...Tapi, saya berharap agar dapat lagi ke tanah suci pada masa-masa akan datang insyaAllah.. Sampai kat sini dulu lah nak taip. Jumpa di post yang akan datang pula.... Assalamualaikum...........

Sunday, May 15, 2011

Exam Final Kembali Lagi!!!!!!

Assalamualaikum wbt

secara tidak sedar, aku telah pun berada kat akhir semester kedua di bumi barokah ini. Sejak meninggalkan Malaysia kira2 9 bulan yang lalu, banyak perubahan yang telah dihadapi oleh diriku ini dan juga kawan2 yang lain..... Menjadi pelajar di salah sebuah universiti terkemuka di Timur Tengah ini bukannya menjadi satu perkara yang mudah, tambahan aku ini pelajar tajaan biasiswa...Kalau tak dapat tajaan, tak datang aku ke sini............... Secara tidak sedar, aku mula bertambah sayang dengan suasana di Jordan University of Science and Technology.........(pada mulanya, kurangla cket)

oh ya.bercakap tentang exam, sebenarnye, kitorang sudah berada dalam study week........
banyak perkara yang perlu kami lakukan untuk menghadapi exam ini. kene bace bnyk lagi laaa....bukak fb la(yang nie eden suko)...... main games laaa.........tp ape pon......... persediaan untuk menghadapi exam perlu ader......

sampai sini sajela warkah pendek dari aku..........
jadual summer sem sememangnye padat..............
so, slamat berexam kpd kawan2..............

Tuesday, December 28, 2010


Salam...........
Tidak sedar, tahun 2010 masihi dh hampir sampai ke kemuncaknya.................. Semestinya anda semua tidak sabar untuk melangkah ke tahun 2011 masihi yang bakal menunjukkan dirinya tidak kurang 3 hari dari sekarang................
Tahun hijrah telahpun berlalu hampir sebulan.... sedar atau tidak, umur kita juga bertambah dari satu tahun ke tahun yang laen.
Di sini saya ingin membawa anda semua untuk muhasabah diri yakni menghitung balik segala amalan yang telah kita lakukan selama 1 tahun ini.. adakalanya kita memang buat silap...........
Pada tahun baru ini juga, mari juga kita sama-sama memperbaharui niat kita........... Jika kita terlepas buat pada tahun baru hijrah, inilah masa kita untuk membuat niat @ azam dalam bahasa malaysia( sekarang bahasa melayu dah ditukar dalam bahasa malaysia, biar istilah berbeza, tapi kita tetap orang yang sama) Jadikan niat@azam ini sebagai panduan untuk menempuhi hidup anda sepanjang tahun 2011.
akhirnya, saya mengucapkan selamat berjuang kepada rakan-rakan, tidak kira dari pusat asuhan tunas islam(PASTI), SK Seberang Dungun, SBPI Batu Rakit
salam............................

Monday, June 14, 2010

BALIK KAMPUNG!!!!!!!

SEMINGGU BERADA DI RUMAH!!!!!!!!

hahaha..........................................
itulah perasaan pertama yang hadir dalam kepalaku apabila mengetahui pelajar-pelajar pergigian middle east tidak perlu ke BTN minggu nie.......
bagai pucuk dicita, ulam mendatang, aku yang telah sebulan tidak pulang ke Terengganu tidak melepaskan peluang keemasan ini..................
Aku pulang ke Terengganu pada hari Sabtu lepas..................

Monday, June 7, 2010

SEBULAN DI INTEC UiTM SHAH ALAM

Assalamualaikum..........
antara sedar atau tidak, telah sebulan aku berada di tempat ilmu ini. Pelbagai peristiwa dan pengalaman telah berjaya aku pungut di sini.

Kehidupan sebagai pelajar di `u` tidak lagi sama seperti di sekolah dulu. Aku pada mulanya pening dengan keadaan di sini. Bak kata pepatah, "bagai rusa masuk kampung". Tetapi, dengan segala kekuatan yang diberikan oleh Allah , aku berjaya mengadaptasikan diriku dengan suasana di sini. Di sini, aku belajar erti persahabatan dari maksud yang sebenar. Ahli bilikku amat unik kerana datang daripada 4 bahagian utama di semenanajung Malaysia. Hilmi, orang selangor, hafizul, orang Johor, Khairul orang Perak dan diriku sendiri berasal dari Terengganu. Walaupun mulanya aku agak kekok untuk bercakap, maklumlah, aku memang pekat dalam pertuturan Loghat Terengganu asli, namun itu tidak menghalang diriku daripada mengenali budaya yang berbeza.

pembelajaraan di sini memang padat. Maklumlah, program yang aku ambil ini selama 4 Bulan sahaja. Aku paling suka mempelajari Arab di sini kerana ustaz Ghaddafi selalu menceriakan kami semasa dalam kelasnya...... Apabila dia menayangkan video mengenai Jordan, aku semakin ghairah untuk ke sana. maklumlah, itu memang cita-citaku sejak kecil lagi.

Alhamdulillah, semoga apa yang aku dapat di sini dapat digunakan apabila berada di sana kelak!!!!!!

Yang Benar,
(MUHD AMIRUDDIN HADI BIN ABDULLAH)

Tuesday, June 1, 2010

aaaaah.............
baru ader blog....